Rabu, 10 Jun 2009

Persidangan Agung Pergerakan Pemuda Umno

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Balik Pulau telah mula mengadakan Persidangan Agung 2009 bagi peringkat cawangan-cawangan dengan Pemuda Umno cawangan Kg Ginting dan Kg Perlis yang terawal bersidang iaitu pada 30/05/2009 yang lalu.

Sehingga ke hari ini beberapa cawangan lain turut berjaya mengadakan persidangan dan menerima kehadiran yang memberansangkan dari ahli-ahli berdaftar.

Pemuda Umno cawangan Sg Burung dijadualkan akan bersidang pada 21/06/2009 bertempat di perkarangan Bangunan Kemas Sg Burung pada jam 02.00 ptg.

Manakala Pemuda Umno cawangan Tlk Kumbar, Tlk Awak, Tmn Sg Ara dan Gertak Sanggul merupakan cawangan yang terakhir bersidang pada 28/06/2009 ini.

Ketua Pemuda Umno cawangan Sg Burung menyeru kesemua ahli Pemuda Umno menghadiri persidangan Agung kali ini sungguhpun tidak diadakan sebarang pemilihan sebaliknya disebabkan rasa kesedaran dan tanggungjawab memperkasakan parti.

"Pemuda Umno perlu banyak mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai program disamping boleh mewujudkan hubungan yang baik diantara pemimpin dan grass-root. Tumpuan kita adalah kepada golongan muda yang perlu diterangkan sejarah perjuangan orang-orang tua dahulu,.." ujar beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa mana-mana cawangan Pemuda Umno di Bahagian Balik Pulau yang berminat mengadakan kerjasama program dengan cawangan Sg Burung boleh menghubungi beliau ataupun Sdr Ab Wahab Mat Darus dan Sdr Amiruddin.

4 ulasan:

  1. Taniah kat Lan Batu yg berjaya bawa pemuda Sg. Burung dgn macam-macam aktiviti. Aku tengok cawangan Sg. Burung banyak buat program masyarakat terutama yang buka peluang pendapatan kat budak-budak muda.

    Kalau cawangan lain boleh ikut cara jawatankuasa pemuda Sg. Burung bekerja tentu ketua bahagian dan ketua pemuda tak pening kepala jaga Umno Balik Pulau.

    BalasPadam
  2. depa TAK PA la ada dato di kg. kat yb farid pun boleh cari sponsor. lan batu pula kontraktor. ada pegawai jhek lg dlm cawangan, sumber duit kiri kanan.

    BalasPadam
  3. Tahniah pemuda umno cawangan sg burung yg di ketuai oleh lan batu yang telah berjaya lancarkan laman blog....sy tgk sg burung antara cawangan yang paling aktif di parlimen balik pulau....semoga cawangan lain dapat mengikut cara cawangan sg burung berkerja.....

    BalasPadam
  4. taniah lan batu.

    BalasPadam