Selasa, 31 Mei 2011

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau

   Bertempat di Dewan Budaya Kg. Seronok pada 21hb. Mei, Pemuda UMNO Balik Pulau telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan yang dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad b. Hj Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir di mesyuarat itu YB Dato' Seri Dr. Hj Hilmi b.Yahaya, YB Sr Hj Muhd. Farid b. Saad dan mantan Adun Telok Bahang PN Siti Faridah bt. Arshad. Manakala Pemuda UMNO Permatang Pauh turut hadir sebagai wakil/pemerhati selain dari wakil dari sayap Wanita dan Puteri UMNO Balik Pulau. Pemuda UMNO Sg. Burung pula diwakili oleh Sdr Roslan Shahib, Sdr. Amiruddin Mohd Shariff, Sdr. Shukor Hamid dan Sdr. Shukor Mansor.