Rabu, 10 Jun 2009

Pemuda Umno Cawangan Buka Pusat IT

Pemuda Umno cawangan Sg Burung telah melancarkan Program Celik IT khusus untuk anak-anak kariah kampung Sg Burung. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr Hj Hilmi, Adun Telok Bahang merangkap Ketua Umno Bahagian Balik Pulau.

Menurut Ketua Pemuda Umno cawangan Sg Burung,
Sdr Roslan Sahib; beliau mempelawa semua anak-anak muda dan mereka yang berminat mengunjungi Pusat IT Pemuda Umno yang menawarkan perkhidmatan internet secara percuma.
Program Celik IT merupakan program Biro Pendidikan Pemuda cawangan dibawah seliaan Sdr Amiruddin dan mula beroperasi sejak bulan April 2009.
"Terdapat 10 unit komputer yang boleh digunakan dari jam 09.00 mlm - 11.30 mlm manakala mereka yang memiliki komputer riba masih boleh melayari internet sekiranya komputer yang sedia ada sedang digunakan", tambah beliau.

Sementara itu, Dato' Seri Dr Hj Hilmi menyeru penduduk kampung supaya mengenepikan fahaman politik sebaliknya bersama-sama berganding bahu membangunkan masyarakat. Menurut beliau, perbezaan fahaman politik telah menyebabkan orang Melayu berpecah dan menjadi lemah.

YB Dato' Seri Hj Hilmi yang turut diiringi oleh isterinya sempat meninjau kemudahan yang disediakan dan mengucapkan taniah kepada Pemuda Umno cawangan yang berusaha keras membangunkan pendidikan IT kepada penduduk kampung.
Majlis pada malam tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian, Sdr Aziaan dan Pengerusi Qariah Sg Burung.





















4 ulasan:

  1. Bro, korang bagi orang kampung tengok internet bagus gak. Bole tok wan chat dengan cucu2 yg ada di perantauan.

    Camni baru pemuda berwawasan

    BalasPadam
  2. Sporting gak dr hilmi dengan org kampung. Untuk apa berpolitik sampai bermusuhan sesama sedara.

    Ambik iktibar la ahli Umno yang hidup berpuak dalam parti, sebab yang semakin porak perandakan orang Melayu merupakan anda juga

    Jadi macam YB Hilmi, utamakan bangsa

    BalasPadam
  3. Taniah anak-anak muda Sungai Burong

    BalasPadam
  4. This blog is very good....
    Congratulation to PEMUDA UMNO SUNGAI BURONG
    Hope all the vision and mission will be success soon...
    I'll always follow yours activities in this blog...

    BalasPadam