Rabu, 14 November 2012

Kebebasan beragama mazhab Nurul Izzah

Tindakan terdesak YB Nurul Izzah mahu menyaman Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa buah blog bolehlah dilihat sebagai satulangkah terakhir seorang yang tiada jalan keluar lagi.

Ketelanjuran beliau mengutarakan kenyataan sensitif dihadapan pengundi-pengundi yang majoritinya bukan beragama Islam dapat kitalihat sebagai satu lagi bukti betapa manisnya mulut ahli-ahli politik Pakatandengan janji-janji dan retorik mereka.

Utusan Malaysia hanya memetik kata-kata Nurul Izzahyang turut dilaporkan dalam portalpro-pembangkang Malaysiakini hanyamenjadi mangsa politik kebencian yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Walaupunjelas Utusan Malaysia tidak bersalahkerana ia hanya melaporkan apa yang ditulis di dalam Malaysiakini, Nurul Izzahterus mengkaburi fikiran rakyat bahawa kononnya Utusan Malaysia telah menfitnah dan menganiaya diri beliau.

Apabila dipanggil oleh Jabatan Agama Islam NegeriSelangor (Jais) untuk menjelaskan kenyataan beliau, Nurul Izzah dengan bongkakberkata “Ya saya harap Jais panggil UtusanMalaysia sekali sebab dia keluarkan kenyataan fitnah akidah tersebut.”(Seperti yang dilaporkan oleh portal FreeMalaysia Today).

Keras sekali perkataan fitnah, namun perkataan inilahyang sering mewarnai politik Pakatan Rakyat sejak sedekad yang lalu. Taktikmenyalahkan orang lain ini telah terlalu kerap digunapakai sehingga sudahmenjadi satu klise yang basi. Fitnah dan Saman sepatutnya menjadi sloganPakatan Rakyat, bukannya Demi Rakyat.

Apa yang pasti, memang jelas beliau telah mengeluarkankenyataan yang berbunyi:

"Apabilaanda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang ituboleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orangbukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bukan setakat laporan dan liputan dari pelbagai blog,bukti video juga telah tersebar luas di internet. Kita boleh lihat dan dengarbetapa kenyataan kontroversi beliau itu telah disambut dengan tepukan gemuruhdari hadirin yang memenuhi forum “Negara Islam: Versi yang Mana; SiapaBertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3November lepas, seolah-olahmereka mahu orang Melayu Islam di negara ini diberikan kebebasan memilih agamamereka sendiri.

Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang adalahkenapa Nurul Izzah hanya menyalahkan akhbar UtusanMalaysia dan Berita Harian,sedangkan portal Malaysiakini adalahmedia pertama yang melaporkan perkara tersebut? Jelas Nurul Izzah mengamalkanamalan selective prosecution.

Liputan tentang kenyataan Nurul Izzah itu juga telahdisiarkan dalam portal berita FreeMalaysia Today dan laman web 1Christians.Bukankah sepatutnya beliau juga menyaman Malaysiakini,Free Malaysia Today dan iChristians juga? Sikap jumud sebeginijelas menjadi modus operandi dalam kalangan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Peguam dari Majlis Peguam yang bertanyakan soalan itukepada beliau juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bahawa memangbenar Nurul Izzah telah mengeluarkan kata-kata itu.

Malahan peguam tersebut merasa kecewa kerana Nurul Izzahseolah-olah tidak mengakui apa yang beliau sendiri kata selepas berita inimenjadi sensasi dan Nurul Izzah menerima kecaman hebat dari setiap suduttermasuk dalam kalangan penyokong PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sikap hipokrit dan menuding jari yang sering dibawa olehahli-ahli politik Pakatan ini harus segera dibendung. Mereka bermain persepsidan sedar bahawa orang ramai amat mudah terpengaruh.

Mereka hanya perlu menafikan apa yang telah mereka buat ataukata, dan kemudiannya menyalahkan orang lain. Walaupun ada bukti-bukti videoatau rakaman, mereka tetap akan menegakkan benang yang basah.

Paling menyedihkan sekali, masih ramai lagi orang yangmempercayai kata-kata mereka dan bermati-matian mempertahankan idola-idolamereka ini.

Sudah tiba masanya kita sedar terhadap permainan politikmerbahaya yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Memang jelas perbezaan objektif yangdibawa oleh tiga buah parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapatmembawa negara ini ke arah kemakmuran.

Apa yang mereka bawa hanyalah retorik, masalah-masalahmoral masing-masing serta perbalahan dalaman antara mereka sendiri. PAS yangselama ini tegas menegakkan syiar Islam sudah boleh kita lihat sebagai sebuahparti yang semakin liberal dan tunduk kepada desakan-desakan DAP dan PKR demisebuah penyatuan yang salah.

Siapalagi yang harus menegakkan Islam kalau bukan orang Islam sendiri? Fahamanpluralisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kini jelas telah merebak ke anakbeliau. Adalah kita patut berdiam diri sahaja dan duduk memerhatikan bagaimananilai-nilai Islam semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita?
oleh : Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan