Khamis, 25 Mac 2010

PR Pulau Pinang Menipu Penduduk Balik Pulau

   Baru-baru ini dalam ceramah Penjelasan Isu-isu Semasa anjuran Pas kawasan Balik Pulau seorang penceramah dari pakatan pembangkang (PR) menghentam bekas-bekas Exco Melayu kerajaan negeri yang dituduh terlalu tamakan wang dengan meluluskan projek-projek pembinaan rumah mewah ke kawasan Balik Pulau. Dakwa penceramah itu lagi, mana ada orang Melayu yang berkemampuan membeli rumah yang harganya mencapai ratusan ribu ringgit.

Tambah beliau lagi, projek-projek yang sedang rancak dilaksanakan sekarang merupakan hasil dari kesilapan pentadbiran kerajaan BN selama 50 tahun di Pulau Pinang. Beliau sebaliknya mempertahankan kerajaan DAP sekarang dengan alasan PR hanya baru 2 tahun mentadbir negeri maka mereka tidak berkuasa untuk membatalkan pelan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang lalu.

Kenyataan penceramah tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari responden yang ditemui di majlis tersebut.

Beberapa penduduk mendakwa masih ada persoalan yang tidak didedahkan atau diperjelaskan kepada orang-ramai. Menurut mereka, projek-projek rumah mewah sekarang dibina oleh pemaju swasta yang pemiliknya adalah usahawan berbangsa bukan Melayu. Malahan bagi setiap permohonan untuk projek rumah mewah kerajaan negeri yang lalu telah mengenakan beberapa syarat sebelum mendapat kelulusan.

"Sungguhpun kami hanya pekerja biasa tetapi semua penduduk tahu bahawa jika ada projek untuk rumah mewah maka pemaju disyaratkan membina dahulu rumah kos murah dan sederhana untuk golongan berpendapatan rendah.
Tetapi sekarang apabila kami menemui pemaju untuk bertanya tentang rumah kos sederhana sebaliknya jawapan yang diterima sungguh tidak adil dan mengejutkan," cerita seorang penduduk.

Menurut beliau, pemaju memaklumkan bahawa syarat tersebut telah digugurkan oleh kerajaan negeri sekarang. Pihak pemaju mendakwa mereka tidak lagi terikat dengan syarat supaya membina rumah kos sederhana yang tidak menguntungkan pemaju.

"Inikah yang didakwa sebagai pentadbiran yang adil untuk rakyat terutamanya kepada orang Melayu?. Malahan saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan PR telah menetapkan pelbagai syarat yang ketat kepada Perda jika ingin membina rumah kos sederhana." tambah beliau.

Pendedahan ini telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Melayu PR berterusan menipu penduduk Balik Pulau dengan pelbagai lakonan dan hanya nampak pada kesalahan kerajaan BN sahaja.Samada mereka tidak sedar atau mereka sendiri terlibat bersama dalam gerakan halus untuk memecahkan monopoli kuasa undi penduduk Melayu di daerah ini. Para penduduk turut mendakwa, kesan dari kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan PR menyebabkan semakin ramai penduduk Melayu yang terpaksa berhijrah ke negeri lain yang masih menawarkan rumah berkos sederhana.  

Malahan terdapat aduan dari beberapa pemilik tanah yang mendakwa mereka telah didatangi oleh beberapa individu dari parti politik PR yang mendakwa mewakili pemaju membuat tawaran untuk membeli tanah mereka pada harga yang tinggi. Penduduk telah ditawarkan dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgit sebagai dorongan supaya menjual tanah pusaka untuk dimajukan.

Pas dan PKR Kemaruk Jawatan

   Selepas berjaya menguasai negeri Pulau Pinang ahli-ahli Pas dan PKR mula menghalalkan budaya merampas jawatan di dalam pertubuhan atau persatuan NGO di setiap kampung. Berdasarkan maklumat yang diterima, sebilangan anggota JKKKN berusaha menguasai jawatankuasa organisasi masyarakat yang berkemampuan menjana pendapatan sendiri. Menurut pendedahan sumber dalaman, mereka mensasarkan organisasi seperti unit nelayan, kelompok pertanian dan pertubuhan lain yang berpayung di bawah agensi kerajaan negeri.
"Mereka akan pastikan ahli-ahli pertubuhan yang menyokong mereka hadir beramai-ramai ke mesyuarat tahunan pertubuhan bagi memastikan calon-calon pilihan mendapat undi yang banyak. Malahan terjadi tindakan pengerusi JKKKN dan Qariah berlumba merebut jawatan pengerusi pertubuhan sambil rakan-rakan separti bertanding untuk AJK," dedah sumber yang enggan dinamakan.
Menurut beliau lagi, strategi penyalahgunaan kuasa dan wang pertubuhan merupakan strategi awal yang digunapakai untuk menjatuhkan jawatankuasa lama.
"Kita boleh perhatikan tindakan mereka yang lebih berminat kepada laporan penyata kewangan dengan mengajukan pelbagai persoalan dan dakwaan untuk mengelirukan ahli-ahli," tambah beliau.
Beberapa responden yang ditemui turut mempersoalkan tindakan jawatankuasa JKKKN dan Qariah yang begitu kemaruk untuk memegang jawatan lain sungguhpun sudah memegang jawatan penting di dalam kampung. Menurut mereka ketika pentadbiran kerajaan BN dulu, individu ini sering menghentam jawatankuasa JKKK atau Qariah dengan tuduhan gila kuasa tetapi sekarang mereka pula berebut-rebut bertanding.
"Bukti mereka gila kuasa,.. lihat dalam jawatankuasa JKKKN atau Qariah pasti ada anak dan bapa yang menganggotainya. Jika mahu dilihat adil maka mereka boleh menolak perlantikan tersebut dengan mencadangkan individu lain. Masih ramai yang mempunyai pendidikan agama yang layak," komen seorang responden.
Sementara itu, beberapa penduduk kampung Sg. Burung kesal dengan tindakan jawatankuasa Qariah yang membenarkan penyalahgunaan mimbar masjid untuk menyampaikan khutbah politik. Penduduk kampung berpendapat sekiranya ada pertikaian berkaitan dasar kerajaan pusat maka gunakan saluran yang betul untuk dipersoalkan.
"Jika mereka  mendakwa rakyat tidak senang dengan dasar-dasar yang ada maka segera ajukan kepada wakil rakyat untuk dibahaskan. Apa gunanya ada Ahli Parlimen di dewan jika gagal membawa suara dan kehendak rakyat,..kenapa lontarkan semula persoalan itu kepada orang-ramai di masjid.
"Mereka telah dipilih untuk bekerja untuk orang-ramai maka wajarlah laksanakan tugas itu bukannya menyerah kembali kepada rakyat untuk selesaikan bagi pihak mereka", kata seorang penduduk.
"Yang paling lekeh ialah kegagalan JKKKN dan Qariah mengatur aktiviti di kampung. Mereka suka menumpang program pihak lain tetapi membuat laporan dan tuntutan atas nama mereka." tambah beliau lagi. 

Khamis, 4 Februari 2010

Nasib Melayu di tanah nenek moyang sendiri ..

Pada zaman Empayar Melaka dahulu orang Cina datang sebagai rombongan perdagangan. Manakala orang India sama ada Hindu atau muslim datang sebagai peniaga. Malah India muslim antara golongan yang banyak mempengaruhi dan menyumbang kepada perkembangan Islam di Tanah Melayu.

Hanya pada zaman British orang India dan Cina yang merempat dan hidup penuh kedhaifan di negara mereka datang dengan bantuan British. Di Cina mereka mengalami kemiskinan dan kebuluran menyebabkan ramai yang berhijrah ke negara ini. Demikian juga di kaum India yang datang ke Tanah Melayu melalui British merupakan kasta terbawah dan sukar mendapat makan pun di negara mereka. Namun tidaklah mereka datang ke Tanah Melayu menjadi pengemis. Sebaliknya mereka di bawa oleh British untuk bekerja di ladang-ladang British di Tanah Melayu.

Jika Datuk Nasir Safar menyatakan kaum Cina dan India sebagai kaum imigran maka ia adalah kenyataan dan fakta yang tidak seharusnya menjadi isu besar.
Ketika beliau memilih secara"gentleman" untuk berhenti bagi menjaga kewibawaan institusi Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri, kita juga tertanya-tanya apakah tindakan Menteri Dalam Negeri terhadap sebuah akhbar Cina yang menulis anekdot bahawa Melayu itu seumpama lembu?


Utusan baru-baru ini melaporkan:

Laporan pendidikan yang ditulis dalam bahasa Mandarin diarah turut ditulis dalam bahasa Melayu menjadi topik di dalam ruangan ‘perbincangan umum rakyat’ akhbar China Press pada 31 Jan 2010 (Ahad).

Melalui tajuk “Malaysia satu “bahasa Melayu”? penulis samaran Fong Ching menulis tentang peristiwa guru besar memanggil semua guru di sekolahnya mengadakan mesyuarat khas. Mesyuarat tersebut tidak dijalankan seperti biasa, semua guru menerima sepucuk surat rasmi. Guru besar membaca satu persatu ayat yang terkandung di dalamnya; “mulai dari hari ini pihak jabatan pendidikan mengarahkan semua guru yang menulis laporan atau surat berkaitan pendidikan, jika menggunakan tulisan bahasa Cina, di sebelah tajuk tugas, perlu tulis terjemahannya sekali dalam bahasa Melayu!

Semua guru terperanjat apabila arahan ini dikeluarkan kerana ia belum pernah berlaku di sekolah rendah Cina sebelum ini. Semua guru-guru termasuk penulis mempertikainya kerana merasai bahawa pihak tersebut telah melanggar hak kebebasan sekolah rendah Cina.

Ada seorang cikgu muda tampil ke hadapan berkata; “Hari ini saya mengajar perbidalan bahasa, iaitu “bermain muzik di depan lembu” dalam bahasa Mandarin. Adakah saya kena terjemahkan bulat-bulat ke dalam bahasa Melayu “bermain muzik di depan lembu”? Adakah jika pegawai-pegawai pelawat datang, mereka tahu maksud terjemahan itu?

Soalan ini mendapat sorakan dari guru- guru lain. Pada masa yang sama mereka menaya guru Melayu yang turut hadir di mesyuarat tentang maksud perkataan itu dan adakah dia tahu apakah maksud bidalan bahasa tersebut?

Dengan tersipu-sipu guru Melayu tersebut berkata tidak tahu maksudnya. Cikgu yang ajukan soalan tersebut berkata; “awaklah yang lembu!” sekali lagi dapat sorakan ramai!

Maka kita pun tertanya-tanya mengapa penghinaan tersebut yang dilakukan oleh akhbar China Press dibenarkan?

Di mana Menteri Dalam Negeri yang sibuk memberi amaran tetapi tidak mengambil tindakan. Kalau ada pun hanya seorang dua Melayu yang menjadi mangsa sedangkan banyak penghinaan oleh kaum lain di internet tidak pula diambil tindakan

Jangan nanti Menteri Dalam Negeri digelar orang Menteri Amaran Dalam Negeri sahaja. Kerana hampir setiap hari kita membaca beliau memberi amaran tanpa tindakan. Kalau bertindak pun sekadar melepas batuk di tangga.

Setakat ini hanya kaum Melayu yang kena sedangkan di internet ini penuh dengan cacian dan kejian bukan Melayu terhadap Melayu tidak pula diambil tindakan.

Dipetik dari: sejarahmelayu.blogspot.com

Siapa yang untung jika Mansor dilantik Pengerusi PUZ

Khabar angin mula bertiup kencang di PP iaitu TKM 1 Dr Mansor Othman disebut-sebut bakal menjadi Pengerusi Zakat Negeri PP ( PUZ PP) iaitu jawatan yang secara tradisinya dipegang oleh YDP MAIPP. Jika di Selangor , MB Selangor Khalid Ibrahim mahu tuntut jawatan Pengerusi YBK tetapi di sini pula penyakit gila kuasa terus merebak dengan pantas .

Menurut sumber , hanya nama Dr Mansor dan Malik Itik sahaja yang disenaraikan untuk mengisi jawatan itu dan tiada pun nama YDP Maipp iaitu Ustaz Elias Zakaria . Mengikut sejarah penubuhan PUZ sejak 1994 , anak syarikat milik penuh MAIPP ini dipengerusikan sendiri oleh YDP Maipp . Mengapa Ustaz Elias takut untuk bersuara haknya sebagai YDP ?? Beliau sudah 15 tahun dalam MAIPP dan harus pertahankan PUZ dari terlepas ke tangan kerajaan negeri sosialis ini .

Persoalannya ialah sudah ada suara dari PUZ sendiri mempersoal mengapa PUZ perlukan pengerusi yang lain sedangkan sudah ada YDP Maipp yang lebih layak memikul tanggungjawab dan amanah ini dalam pentadbiran sebuah agensi yang mentadbir dan menjaga kebajikan umat Islam . Mengapa perlu ada campurtangan oleh kerajaan negeri PP dalam urusan pentadbiran MAIPP ini ?? Setelah Salleh Man gagal mendapat tempat YDP Maipp , diwujudkan pulak Timbalan YDP untuk beliau oleh mereka bagi letak juga dia sebagai janji kemenangan di Permatang Pasir .

Desas -desus dari sumber PUZ sendiri memaklumkan sejak Pakatan mengambilalih negeri PP , mereka telah target untuk menguasai PUZ ini kerana kutipan zakatnya serta perniagaan yang dijalankan telah menjangkau RM 40 juta setahun !! ketika itu sy masih ingat lagi TKM 1 YB Fairuz Khairuddin telah melancarkan serangan berunsur fitnah kepada mantan YDP Maipp YB Shahbudin Yahya kononnya berlaku penyelewengan dalam PUZ . Tetapi sehingga sekarang tiada pun mereka tampil ke untuk menunjukkan bukti bahawa berlaku penyelewengan semua itu .

Apa yang dibimbangkan oleh PB jika puak2 ini mengambilalih Pengerusi PUZ , maka akan berlaku penyelewengan duit zakat dan disalahgunakan . Kita tidak mahu duit zakat ini digunakan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan urusan pentadbiran mereka seperti dulu pernah dicadangkan oleh MB Selangor yang mahu menggunakan duit Baitulmal . Malah yang lebih mudah mereka boleh buat ialah Adun2 Kafir DAP dan PKR ini guna duit zakat orang Islam untuk diberi bantuan kepada orang ramai .

Sy sebagai anak muda di PP bimbang dengan situasi ini tidak tahu bagaimana masa depan akan datang nasib umat Islam di negeri ini . Selepas tanah wakaf umat Islam dikawal sepenuhnya oleh kerajaan negeri malah tidak dibenarkan membuat pembangunan , kini Pusat Urus Zakat pulak hendak dikuasai mereka . Bagi ahli2 PAS dan PKR di PP , mungkin bagi mereka hanya perubahan biasa tetapi kesan dan natijahnya mereka tidak nampak. Mereka semua telah dibutakan mata bersama YB2 Melayu dalam kerajaan negeri yang hanya sebagai Yes man saja .

Tambahan pulak , pernah rakan saya dalam PAS beritahu yang Mansor ini ketika semasa kempen PRK Penanti iaitu semasa beliau menjadi calon , beliau pernah ditanya soalan mengenai nasib tanah wakaf di PP oleh seorang penyokong PAS . Beliau tidak dapat menjawab soalan itu hingga mukanya merah padam dan adakah pemimpin seperti ini boleh menjadi diamanahkan sedangkan nasib tanah wakaf di PP pun dia tidak tahu ??

Dipetik dari: sejarahmelayu.blogspot.com