Jumaat, 3 Jun 2011

Fakta Mengenai DAP Yang Wajib Diketahui

1. DAP yang ditubuhkan pada 1966 sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara kerajaan Perikatan dengan PAP kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).

Sentimen perkauman berterusan yang dimainkan oleh PAP telah menyebabkan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada 1965. PAP memohon untuk terus bergiat aktif di Malaysia tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, PAP telah menubuhkan cawangannya di Malaysia iaitu DAP untuk meneruskan perjuangannya.

2. PAP pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1964. PAP bertanding di 9 kerusi dan telah memenangi 1 kerusi melalui calonnya C.V. Devan Nair. Penyertaan PAP ini telah mendapat bantahan keras daripada Perikatan. PAP berhasrat menggantikan MCA sebagai juara suara kaum Cina.

3. DAP dan Parti Gerakan (sebelum menyertai BN) didakwa menjadi dalang dalam mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kejayaan menawan Pulau Pinang dan memenangi beberapa kerusi di Selangor dan Perak pada Pilihanraya Umum 1969 telah mencetuskan rasa keterujaan yang hebat di kalangan penyokong mereka.

Penyokong mereka telah melakukan perarakan kemenangan di Kuala Lumpur dan apabila melalui kawasan Melayu mereka telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Melayu. Perarakan balas telah dilakukan oleh penyokong UMNO untuk meraikan kemenangan Perikatan memenangi Pilihanraya Umum 1969 itu.

Penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan rumah MB Selangor Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Berita rombongan penyokong UMNO dari Gombak yang sedang menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau Cina telah menyebabkan berlakunya tindak balas dari orang Melayu. Lalu berlakulah peristiwa berdarah paling buruk dalam sejarah negara.
 
4. DAP pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini kerana DAP tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dilantik sebagai MB Perak walaupun DAP memenangi kerusi terbanyak dalam PRU 2008. Jawatan MB diserahkan kepada PAS (Nizar Jamaluddin) kerana Undang Tubuh Negeri Perak menghendaki hanya orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan MB.

5. DAP sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak apabila Pengerusinya Karpal Singh telah mengugut akan menyaman baginda kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana 3 DUN PR telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas yang menyokong BN. Ini menyebabkan kerajaan PR tumbang di Perak selepas 11 bulan memerintah.

6. ADUN DAP, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana mengganggu ketenteraman awam. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara.

7. Kerajaan DAP P.Pinang telah merobohkan banyak gerai orang Melayu dan dalam masa terdekat beberapa kampung tradisi Melayu di kawasan pulau sedang menunggu nasib untuk dirobohkan. Alasan yang diberi adalah untuk tujuan "pembangunan". Sebenarnya mereka memiliki niat jahat untuk menghalau orang Melayu dari kawasan pulau.
 
8. Seorang ADUN DAP telah dihalau keluar dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN Johor pada 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian (dia enggan memakai songkok - betapa rasisnya puak DAP ni).

9. DAP mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan yang diberikan ialah Chin Peng yang sudah tua tidak mampu lagi mengancam keselamatan negara. DAP sanggup menutup mata di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM semasa pemberontakan mereka dahulu.

10. DAP mengamalkan politik perkauman yang sangat bahaya. Setiap kali PRU dan pilihanraya kecil diadakan, mereka akan meniupkan api perkauman dengan modal bahawa kerajaan tidak melayan kaum Cina dengan adil dan memberi keistimewaan lebih kepada kaum bumiputera. Mereka menghasut rakyat khususnya kuam Cina untuk membenci kerajaan dan orang Melayu. Sepatutnya DAP ini DIHARAMKAN dan DIHALAU keluar dari Malaysia kerana telah memecah belahkan perpaduan kaum.

Awas!, Ada Pihak Yang Cuba Hidupkan Semula Ideologi Komunis

Fakta mengenai keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) sepanjang pemberontakan mereka dari tahun 1948 hingga 1989:

1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.

3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.

Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.
Sumber : Buku Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia oleh Mohd Reduan Haji Asli

Rabu, 1 Jun 2011

Bantuan Kepada Keluarga Pn. Rohani

Ketua Pemuda UMNO Sg. Burung, Roslan Sahib telah mewakili Adun Pulau Betong untuk memyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000.00 kepada keluarga Pn. Rohani Bahashim yang terbakar rumah baru-baru ini. Sebelum itu, YB Muhd Farid Saad turut menyumbang bantuan pakaian harian kepada keluarga mangsa dan pakaian sekolah kepada dua orang cucu Pn. Rohani yang masih belajar di Sek. Keb. Balik Pulau.

Ketika ditemui pada petang hari kejadian, keluarga Pn. Rohani merasa amat berbesar hati atas keperihatinan dan bantuan dari wakil rakyat dan Pemuda UMNO Sg. Burung kepada keluarga mereka. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada cikgu Hakimi dan cikgu Saad dari Sek. Keb. Balik Pulau yang datang menziarahi keluarganya pada pagi hari kejadian serta berusaha mengutip derma di sekolah untuk membantu meringankan beban keluarga.

Dalam kejadian kebakaran pada pagi 27hb. Mei lalu rumah pusaka yang didiami oleh keluarga Pn. Rohani musnah dipercayai akibat litar pintas. Ekoran dari kejadian itu Pemuda UMNO Sg. Burung melalui Pusat Khidmat Adun telah menyewa sebuah rumah sebagai kediaman sementara untuk membantu keluarga tersebut.  

Keluarga mangsa layak mendapat bantuan dari PUZ atau ICU untuk membina rumah yang baru namun bantuan tersebut masih belum dapat dilaksanakan lagi apabila pihak JKKKN masih gagal menyediakan tapak rumah sebagai ganti. Sebelum ini, rumah mangsa terletak di atas sebidang tanah milik individu lain dan sedang menunggu tempoh untuk berpindah setelah mendapat jaminan dari JKKKN serta pemimpin PKR setempat untuk memberi tapak TOL sebagai ganti.

Rumah Ibu Tunggal Musnah Dalam Kebakaran

Pada 27hb. Mei lalu penduduk Sg. Burung dikejutkan dengan kejadian kebakaran sebuah rumah yang didiami oleh Pn Rohani Bahashim, ibu kepada Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Sg. Burung, Mohd Rahim Yahya.

Dalam kejadian kira-kira jam 06.40 pagi itu, rumah pusaka yang didiami Rohani bersama 7 ahli keluarganya musnah dipercayai akibat litar pintas. Mangsa yang tidak bekerja dan juga seorang ibu tunggal setelah kematian suaminya baru-baru ini.

Menurut Mohd Rahim, kejadian itu disedari oleh ibunya ketika beliau dan ahli keluarga yang lain sedang tidur tetapi dikejutkan oleh jeritan ibunya yang melihat peralatan rumah di bahagian serambi sedang terbakar lalu mereka berusaha memadamkan kebakaran itu tetapi gagal  kerana api cepat marak. Walaupun mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi semua dokumen penting milik keluarga dalam sebuah bilik gagal diselamatkan. Turut musnah dalam kebakaran itu sebuah motosikal milik salah seorang abang beliau yang digunakan untuk menjaja aiskrim Walls.

Menurutnya, dia sekeluarga sedih dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana mereka sekeluarga terselamat. Namun begitu, dia lebih bimbangkan nasib keluarganya selepas ini kerana  mereka tidak dapat membina semula rumah di tapak yang sama disebabkan menumpang di tanah milik orang. Sebelum kejadian ini, pemilik tanah tersebut telah meminta keluarganya berpindah dan mereka terpaksa akur setelah tuan tanah bersetuju memberi sedikit pampasan serta jaminan dari JKKKN akan memberi tapak (tanah) TOL.

Adun Pulau Betong, YB Muhd Farid dan Adun Telok Bahang, YB Dato' Seri Hj Hilimi yang segera datang melawat mangsa melahirkan rasa simpati dan turut menyumbang bantuan kewangan kepada keluarga mangsa.  Ketika ditemui, kedua-dua pemimpin UMNO itu menyuara kebimbangan mengenai kekerapan berlaku kejadian kebakaran rumah di dalam kampung Sg. Burung. Kebakaran pada pagi hari itu merupakan kejadian yang keempat dalam tempoh empat tahun berturut-turut.

Berhubung bantuan membina rumah baru kepada keluarga mangsa Dato' Seri Hilmi dan Muhd Farid mahu JKKKN atau pemimpin PKR setempat segera menyediakan tapak rumah yang baru seperti yang dijanjikan sebelum ini. Menurut mereka, agensi PUZ atau ICU mempunyai dana untuk membina rumah baru tetapi jika pentadbiran sekarang gagal menyediakan tapak maka bantuan tidak dapat disalurkan dengan segera.