Khamis, 20 Januari 2011

Pertandingan Memancing

Pemuda UMNO Sg. Burung akan menganjurkan Pertandingan Memancing dan penyertaan terbuka kepada semua penduduk kampung Sungai Burung.

Pertandingan akan di adakan pada tarikh dan di lokasi berikut:

Tarikh : 20hb. Feb 2011 (08.00pg - 02.00ptg)
Tempat : Kuala Sg. Burung

Berbagai hadiah menarik menanti setiap pemenang.

Penyertaan adalah terhad dan dikenakan yuran. Urusan pendaftaran peserta pada jam 08.00pg, 20/02/2011. Untuk maklumat lanjut dan syarat pertandingan sila hubungi Sdr. Roslan Sahib (Lan Batu), Sdr. Wahab Md. Darus atau Sdr. Amiruddin.

Program Gotong-royong

Ketua/AJK Pemuda UMNO Sg. Burung menjemput semua ahli Pemuda dan anak qariah Sg. Burung serta mereka yang berjiwa murni untuk bersama-sama membantu membersihkan sisa kebakaran rumah Maksu Sopiah pada 23hb. Jan 2011 bermula jam 08.30 pagi.

Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat mengeratkan lagi perpaduan anak qariah
Sg. Burung dan membantu keluarga Maksu Sopiah.

Rabu, 5 Januari 2011

Apabila PR Memerintah Perlembagaan Dipinda

   Belum lagi cukup sepenggal memerintah negeri Selangor, Khalid Ibrahim sekali lagi menjadi boneka kepada 'tangan ghaib' untuk menolak perlantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Bagi memuaskan hawa nafsu pemimpin tertentu dalam pakatan pembangkang (PR), Khalid Ibrahim mengemukakan permohonan supaya diadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Perkembangan terbaru di Selangor semakin membuktikan wujud agenda tersembunyi PKR, Pas dan DAP yang tidak teragak-agak melakukan apa saja untuk memastikan kuasa mutlak ditangan mereka. Sebelum ini PR Pulau Pinang pernah menolak perlantikan Tn Hj Ellias Zakaria sebagai YDP MAINPP kerana mahu Adun Permatang Pasir (Pas) menjawat jawatan tersebut. Setelah gagal menyanggah calon yang diperkenan oleh DYMM, PR menerusi PKR Selangor sekali lagi cuba menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor. Sebagai usaha terdesak untuk mengalihkan isu (atau menghalalkan cara), Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan negeri cuba mengembalikan semula kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Umno. Hakikatnya, PR Selangor cuba mengheret DYMM Sultan Selangor ke kancah politik untuk memenangkan permainan politik yang mereka (PR) sendiri cipta. Selangor dan Pulau Pinang merupakan negeri yang diperintah oleh PKR dan DAP namun umum diketahui yang DAP adalah 'tauke' sebenar kepada kedua-dua kerajaan negeri tersebut.

Krisis yang sedang berlaku wajar dijadikan pengajaran dan panduan oleh rakyat terutamanya orang Melayu bagi memastikan masa depan mereka terjamin. Ini kerana adalah tidak mustahil seandainya PR berjaya memerintah negara maka mereka (pemimpin PR) boleh meminda Perlembagaan Negara sesuka hati mengikut selera masing-masing.

PKR yang telah terikat dalam 'perjanjian syaitan' dengan DAP akan mematuhi setiap kehendak DAP kerana kepada pemimpin politik PKR seperti Anwar Ibrahim; nasib bangsa dan negara adalah perkara remeh berbanding kehendak nafsu untuk mengalahkan Umno (BN). Manakala Pas pula akan terus melahirkan ulamak muda yang tidak terkawal dan menghalalkan yang haram kerana kepentingan politik. Sekarang Hadi Awang semakin gagal mengawal pemimpin muda dalam parti itu yang semakin lantang mempertahankan pemimpin kafir yang secara terang-terangan menolak hukum Islam. Buktinya, Ahli Parlimen Kota Bahru yang mengingatkan sesiapa yang bercadang 'mengusik' Karpal Singh perlulah melangkah mayatnya dahulu. Inilah sikap barisan kepimpinan baru yang berjaya dilahirkan oleh Pas yakni pemimpin yang akan kalah dengan strategi politik DAP di masa depan.