Isnin, 23 Ogos 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Berbuka Puasa

Ketua Umno cawangan Sg. Burung YB Dato' Seri Hj. Hilmi, telah mengadakan majlis berbuka puasa di kediaman beliau pada Sabtu lalu. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan solat Maghrib yang dipimpin oleh Iman masjid Sg. Burung, Ustaz Zul. Ketua Pemuda Umno Sg. Burung dan rakan-rakan dalam sayap parti turut sama meraikan para tetamu pada malam hari itu.

Khamis, 5 Ogos 2010

Isu Kalimah Allah: Ada Pihak Cuba Menjolok Sarang Tebuan

Isu penggunaan kalimah 'Allah' yang masih menunggu keputusan Mahkamah Rayuan cuba dihangatkan kembali oleh MCA dengan menggesa Menteri Dalam Negeri menarik balik pengharaman penggunaan kalimah 'Allah' oleh masyarakat bukan Islam atas alasan bagi mengelak perpecahan di kalangan rakyat. Akhbar tempatan melaporkan, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan MCA agar bersikap rasional dan membiarkan isu berkenaan diselesaikan menerusi saluran yang sepatutnya.

Beberapa penduduk yang ditemui mahu MCA menyelesaikan dulu masalah di kalangan pengundi Cina supaya kembali menyokong kepada BN dan jangan menjadikan isu kalimah 'Allah' sebagai alasan untuk mendesak kerajaan.

Sikap MCA memperlihatkan niat sebenar mereka untuk memenuhi hasrat pihak tertentu dan membelakangkan rasa hormat kepada penduduk Islam negara ini. Apa yang dikesalkan ialah, mereka (MCA) boleh bersongkol dengan DAP dan tidak menerima keputusan kerajaan walaupun MCA sendiri berada dalam kompenan Barisan Nasional.

Seorang Imam turut mengingatkan MCA supaya berhati-hati ketika memberi alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri. Menurutnya lagi, parti MCA sebenarnya semakin lemah disebabkan pemimpin mereka masih gagal menyatukan orang-orang Cina. Kini MCA mengambil kesempatan dari sikap keterbukaan dan amalan berkongsi kuasa yang diberikan oleh UMNO pada masa yang sama orang Melayu tidak pernah mempersoalkan hak dan menyekat kaum lain untuk mengamalkan agama masing-masing.  

"Orang Melayu telah banyak memberi kepada kaum lain  tetapi tetapi masih ada pihak yang tamak dan berlagak menjadi hero. Orang Melayu tidak pernah menyentuh kepentingan agama lain dan mahu kepentingan umat Islam dihormati oleh kaum lain. Tujuan orang Melayu menghalang penggunaan kalimah 'Allah' jangan dikaitkan sebagai perkauman sebaliknya tindakan MCA  yang lebih kepada rasis", tambah beliau lagi.

Isnin, 2 Ogos 2010

Kempen Kesan Pemilih Baru


24 Julai 2010 -Kempen mengesan pemilih baru di kampung Sg. Burung oleh ahli Pemuda UMNO cawangan.