Sabtu, 30 Januari 2010

Muka Singa dinobatkan sebagai warisan Balik Pulau

Monumen bulatan Kongsi (roundabout Kongsi) atau digelar Muka Singa oleh sebilangan warga emas di sini telah dinobatkan sebagai monumen warisan dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.
Adun Pulau Betong YB Mohd. Farid Saad, telah mengetuai perarakan bersama beberapa penduduk Balik Pulau yang mewakili setiap kaum membawa petunjuk arah (weather vane) untuk dipasangkan di monumen tersebut.
Struktur yang berbentuk menara batu telah dibina oleh saudagar Koh Seang Tat pada tahun 1882 bagi memperingati kunjungan Sir Federick Weld (Gabenor  Selat Melaka) ke daerah Balik Pulau.
Menurut beberapa warga emas yang ditemui, gelaran Muka Singa digunakan sejak dulu kerana terdapat ukiran muka singa di dasar monumen yang befungsi sebagai pancuran air.